JALAN DAMAI, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
 

 LOG MASUK

Nama Pengguna .PEE0051
Kata Laluan

Ingat Kata Laluan (menggunakan cookie)
 
Berita Terkini
Selanjutnya
22 Feb 2012
Kejohanan Merentas Desa SMSTSSS 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMSTSSS 2012

Tarikh : 2 Februari 2012

Tempat : Padang SMSTSSS

Pada 2 Februari 2012, SMSTSSS telah menjalankan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah bagi tahun 2012. Kejohanan ini merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi SMSTSSS.

Kejohanan pada pagi itu dimulakan seawal 8.30 pagi. Semua pelajar akan berlari mengelilingi kawasan luar sekolah di sekitar Bukit Mertajam. Pelajar lelaki akan melalui laluan sepanjang 5 kilometer dan pelajar puteri akan melalui laluan sepanjang 2.5 kilometer.

Para pelajar yang berpakaian rumah sukan masing-masing dilepaskan oleh pengetua cemerlang SMSTSSS, Tuan Haji Jamaluddin Bin Yaacob di hadapan astaka sekolah. Kategori larian terbahagi kepada tiga iaitu kategori L1 dan P1 yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5. Kategori L2 dan P2 terdiri daripada pelajar tingkatan 2 dan 3 manakala kategori L3 dan P3 terdiri daripada para pelajar tingkatan satu sahaja.

Pelajar lelaki dan pelajar perempuan dilepaskan secara berasingan dan acara tamat sekitar jam 10 pagi. Kemudian, kejohanan diteruskan dengan acara permainan rakyat yang dianjurkan oleh Ketua Panitia Sivik dan Kewarganegaraan, Ustaz Mohd. Aziwan Bin Sehak yang bermula sekitar jam 10.30 pagi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sepak raga, congkak, dam haji dan timbang bulu ayam. Guru-guru juga turut terlibat dalam aktiviti ini.

Sesi penyampaian hadiah dilakukan sekitar jam 11.30 pagi. Johan keseluruhan kejohanan pada tahun ini telah dirangkul oleh rumah Nilam dan diikuti oleh rumah Mutiara, Zamrud dan Delima. Kejohanan berakhir dengan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan sekolah. Diharapkan kejohanan seperti ini dapat dijalankan lagi bagi melahirkan pelajar yang sihat dan berdaya saing dalam bidang sukan.

 

Disediakan oleh :

Muhamad Nur Aiman Bin Noor Ali

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 16 Feb 2012
PELANCARAN BUDAYA MURNI 13 Feb 2012
KOMPUTER RIBA BOLEH DI BAWA KE SEKOLAH MULAI 30 JANUARI 2012 22 Jan 2012
SENARAI KELENGKAPAN PELAJAR TAHUN 2012 31 Dec 2011
Pengumuman


MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BUDAYA MURNI  2012
OLEH DATO HAJI IBRAHIM BIN MOHAMAD
PENGARAH
BAHAGIAN PERKEMBANGAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.
TARIKH: 3 FEBRUARI  2012

*******************************

 
Undian Atas Talian
Adakah Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) membantu anda?

Ya
Tidak